Tentang kami

Kami adalah anak perantau yang membangunkan laman web ini dengan hasrat untuk memudahkan anak-anak perantau yang lain untuk membeli barang-barang dapur yang segar dari pasar secara atas talian dan dihantar terus ke pintu rumah ibu dan ayah serta keluarga tersayang anda di kampung halaman.
Kami faham dan menyedari bahaya terdedahnya ibu dan ayah anda yang semakin meningkat usia, ahli keluarga anda yang lain atau diri anda sendiri kepada risiko penyakit berjangkit apabila berada di kawasan yang sesak atau ramai terutama pada musim pandemik covid-19 ini. Justeru, kami mewujudkan platform ini untuk membolehkan moga anak perantau Kota Bharu membeli barang-barang dapur yang segar dan terjamin kualitinya dengan hanya “one click”.
Selain itu juga, kami ingin memastikan dengan “pasar perantau”, anda dapat menjimatkan masa anda dan anda hanya membeli barang dapur segar dari pasar. Barang-barang dapur yang dibekalkan oleh kami adalah halal, bersih, segar serta berkualiti.
Need Help? Chat with us