1. Pesanan

Anda boleh memesan barang dapur basah dan segar atau produk-produk lain di Laman Web kami dan kami akan menghantar barang tersebut terus ke alamat yang diberi. Penghantaran akan dibuat pada hari berikutnya sekiranya pembayaran dibuat sebelum Jam 12 malam.

Anda harus meneliti semula pesanan anda sebelum meneruskannya dan melaporkan kepada kami jika terdapat sebarang keraguan dan kami tidak akan bertanggungjawab atas kegagalan anda berbuat demikian.

Atas budi bicara kami, kami berhak untuk tidak meneruskan atau membatalkan pesanan anda atas sebab-sebab atau keadaan-keadaan tertentu. Ini mungkin terjadi, sebagai contoh, apabila barang atau produk yang dipesan tidak lagi tersedia, diluar kawasan penghantaran atau atas keadaan-keadaan yang tidak terjangka. Kami tidak akan mengenakan atau mengembalikan bayaran caj bagi pesanan yang tidak diproses atau dibatalkan.

Kami juga tidak bertanggungjawab terhadap kualiti atau sebarang masalah yang berkaitan dengan barang-barang yang dibekalkan oleh pihak ketiga.

  • Penerangan/Huraian

Kami berusaha untuk memberi penerangan/huraian yang tepat bagi produk-produk yang ditawarkan di Laman Web kami. Walau bagaimanapun, kami tidak memberi waranti dan jaminan terhadap penerangan/huraian tersebut atau sebarang maklumat yang tertera di Laman Web kami, dan juga gambar yang dipamerkan yang mana hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja. Maklumat dan gambaran yang diberikan mungkin mengandungi kesilapan dan kami tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadap kesilapan atau ketidaktepatan maklumat atau gambaran yang diberi “to the fullest extent permitted by law”.

Kami juga berusaha untuk memastikan kualiti dan kebersihan produk yang dibekalkan oleh kami. Walau bagaimanapun, jika anda dapati produk yang dibekalkan tidak berada dalam keadaan yang baik, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk tersebut dan melaporkan perkara tersebut kepada kami.

  • Penghantaran

Sila rujuk kepada “Maklumat Penghantaran” bagi liputan kawasan penghantaran kami dan kami mungkin menggunakan servis pihak ketiga bagi memastikan penghantaran dibuat. Walaupun kami menyasarkan untuk memastikan servis penghantaran berjalan dengan baik, kami tidak memberi jaminan dan juga tidak akan bertanggungjawab berkenaan kelakuan,sikap atau salah laku yang dibuat oleh pihak ketiga tersebut. Kami berusaha untuk memastikan penghantaran dibuat pada slot masa yang ditetapkan, walau bagaimanapun pada masa-masa tertentu kelewatan mungkin terjadi atas sebab aliran trafik, keadaan cuaca, atau insiden lain yang tidak terjangka atau peristiwa “force majeure” dan kami tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan untuk menghantar pada masa yang telah dipilih oleh anda.

Anda bertanggungjawab untuk berada di alamat yang telah dipilih semasa penghantaran dibuat. Risiko terhadap produk akan diserahkan kepada anda sebaik sahaja penghantaran dibuat. Jika kami tidak dapat menghubungi anda, kami akan menghubungi nombor telefon yang diberi semasa proses membuat pesanan dan jika kami masih tidak dapat menghubungi anda, penghantaran akan dianggap selesai dan anda juga dianggap telah menerima produk yang telah dipesan. Kami tidak bertanggungjawab atas kegagalan anda untuk memberi akses yang sewajarnya untuk proses penghantaran.

  • Harga dan Pembayaran

Semua harga yang dipaparkan adalah dalam matawang Ringgit Malaysia (RM). Harga yang dipaparkan adalah tidak termasuk kos penghantaran. Kami mempunyai hak untuk menyemak dan mengubah harga tersebut dari masa ke semasa. Bayaran boleh dibuat melalui “online transfer” (melalui FPX bank transfer). Pesanan akan dianggap selesai setelah bayaran dibuat dan perubahan/pembatalan tidak lagi diterima.

  • Akaun dan Pendaftaran

Apabila memesan melalui Laman Web kami, anda dikehendaki untuk memberi maklumat tertentu atau/dan mendaftar untuk membuka akaun, dan maklumat yang diberi termasuk nama, alamat emel, nombor kredit kad, nombor telefon dan alamat penghantaran. Anda menjamin bahawa anda mempunyai kapasiti yang sah dari sisi undang-undang untuk memberi dan mengguna maklumat tersebut dan memesan melalui Laman Web ini. Anda juga bersetuju bahawa maklumat yang diberi adalah tepat dan terkini. Anda bertanggungjawab bagi semua aktiviti yang dilakukan atas akaun anda. Jika anda percaya bahawa akaun anda tidak lagi selamat, sila maklumkan kepada kami dengan segara ke support@pasarperantau.com. Kami juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh anda atas sebab “unauthorised use” oleh pihak ketiga kecuali atas sebab “wilful misconduct” oleh pihak kami.

  • Penggunaan Maklumat

Anda membenarkan kami untuk mengguna, menyimpan dan memproses maklumat peribadi anda bagi tujuan memproses pesanan, membuat penghantaran dan juga bagi tujuan proses pemasaran kami (“Tujuan”).  Tujuan ini juga termasuk mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak berkuasa atau apabila dikehendaki oleh undang-undang.

  • Undang-Undang dan Bidang Kuasa

Terma dan Syarat ini adalah dibawah undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.

Need Help? Chat with us